Rumusan

Secara keseluruhannya, kita dapat melihat bahawa terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat kini. Hal ini kerana mereka sudah terbiasa menggunakan perkataan tersebut. Oleh hal yang demikian,  kita mestilah berusaha untuk menjaga serta mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang mampu mengubah maksud sebenar. Pada masa yang sama, kita mestilah menyedari serta menyedarkan masyarakat tentang kesilapan yang sering dilakukan tanpa sedar. Hal yang demikian kerana kesalahan atau kesilapan yang sering kita lakukan tanpa kita sedar mampu memberikan impak yang lebih mendalam terutamanya dalam kalangan generasi sekarang. Oleh itu, kita mampu untuk mengurangkan penggunaan bahasa atau sistem bahasa yang salah. Sebagai seorang rakyat yang prihatin, kita mestilah sentiasa mencari tahu tentang perkataan-perkataan baharu yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar kita tidak melakukan sebarang kesilapan dalam penulisan atau pertuturan. 

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Terdapat beberapa unit kecil yang t...