Seperti yang kita ketahui, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing seperti bahasa Sanskrit, Arab, Latin dan kemudian bahasa Inggeris dan Belanda. Bahasa-bahasa asing ini telah digunakan ke dalam bahasa Melayu dan pelbagai kosa kata bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah sistem imbuhan.
Imbuhan Pinjaman daripada bahasa Sanskrit
Menurut Tatabahasa Dewan, imbuhan yang berasal dari bahasa Sanskrit merupakan jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Contohnya, imbuhan seperti maha-, pra-, tata-, dan panca- telah menjadi sebahagian daripada perkataan-perkataan asas dalam bahasa Melayu serta menjadikan penggunaannya sangat meluas. Walau bagaimanapun, terdapat juga imbuhan seperti tuna-, tri-, dan –nita, yang tidak digunakan secara meluas atau produktif dalam bahasa Melayu.
Contoh bahasa atau tulisan Sanskrit
Contoh imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit
Imbuhan Pinjaman daripada bahasa Inggeris
Pengaruh bahasa Inggeris mulai meresap ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-18 ketika pihak Inggeris mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786. Melalui Perjanjian Pangkor 1876, pihak Inggeris secara perlahan-lahan berhasil menguasai bidang ekonomi dan sosial masyarakat tempatan sehingga akhirnya pengaruhnya menjadi sangat dominan. Sehingga kini, bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu hingga kini. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun terdapat beberapa akibat yang kita dapati sekiranya imbuhan dan kata pinjaman itu disalahgunakan.
Contoh imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris
Imbuhan Pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi
Agama Islam telah datang ke tanah Melayu kira-kira pada abad ke-13 Masihi, bahasa Arab telah memperoleh kedudukan istimewa di kalangan orang Melayu sebagai bahasa rasmi agama Islam. Oleh itu, perkataan-perkataan dari bahasa Arab mudah diterima oleh masyarakat Melayu. Kadang-kadang, perkataan dari bahasa Parsi juga turut diambil, kerana hubungan antara kedua-dua bahasa tersebut sangat erat.
Contoh imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi
No comments:
Post a Comment