Bidang morfologi ini juga digunakan dalam bahasa yang lain juga. Hal ini menunjukkan bahawa bidang ini mempunyai sistem dan peraturan dalam penstrukturan dan pembentukan kata. Sebagai contoh, pengimbuhan, pengakroniman dan pemajmukan. Pada masa yang sama, bidang ini juga mampu menjadikan penggunaan sesuatu bahasa lebih berkesan. Oleh hal yang demikian, kita mampu mengenal pasti kesalahan yang sering digunakan oleh masyarakat kini supaya dapat menjaga keasliaan bahasa itu sendiri. Tambahan pula, zaman kini mudah mencampuradukkan kod bahasa supaya ayat yang dilontarkan itu kelihatan sedap dibaca. Namun, sekiranya kita sedar, ayat tersebut mampu merosakkan keaslian sesuatu bahasa. Oleh itu, kita mestilah sentiasa mempelajari dan menyedari setiap ejaan atau ayat yang dituturkan mengikut sistem bahasa yang telah ditetapkan.
Pengenalan
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Terdapat beberapa unit kecil yang terdiri dalam bidang ini. Antaranya ialah morfem. Seperti yang kita ketahui, morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas mampu untuk berdiri dengan sendiri kerana tidak bergantung dengan perkataan lain dan mempunyai makna atau erti yang tersendiri. Bagi morfem terikat pula, tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membentuk perkataan. Kebanyakan morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengenalan
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Terdapat beberapa unit kecil yang t...
-
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Terdapat beberapa unit kecil yang t...
No comments:
Post a Comment