Kesalahan Tatabahasa yang terdapat di Media Elektronik
Pencampuran kod merupakan antara salah satu kesalahan yang sering kita dengar dan lakukan tanpa kita sedari. Menurut Nomura (2003) menyatakan bahawa pencampuran kod selalu berlaku ketika berkomunikasi adalah kerana penutur ingin mencari perkataan atau frasa yang sesuai untuk digunakan semasa berinteraksi dengan orang lain.
Kesalahan 1
Rajah 1
Berdasarkan rajah 1, kita dapat melihat bahawa pengguna tersebut mencampuradukkan kod bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kesalahan ini banyak berlaku dalam kalangan masyakarat kini. Pencampuran kod bermaksud pertukaran daripada satu bahasa ke satu bahasa yang lain tidak kira dalam bentuk penulisan atau lisan. Hal ini kerana mereka menggunakan dua bahasa dalam kehidupan seharian. Pada masa yang sama, masalah ini mampu mengelirukan pembaca.
Kesalahan 2
Berdasarkan rajah 2, pengguna ini menukarkan perkataan "mungkin" kepada perkataan "maybe". Isu ini juga sering dilakukan oleh masyarakat sekarang. Hal ini berlaku kerana pemikiran masyarakat yang menganggap kedua-dua perkataan ini sama maksud. Akan tetapi, kedua-dua perkataan ini berasal daripada bahasa berlainan. Oleh hal yang demikian, masyarakat kini perlu sedar bahawa dengan perkara yang sekecil ini mampu merosakkan keaslian sesuatu bahasa.


No comments:
Post a Comment