Isu Kesalahan Imbuhan Berdasarkan Imbuhan Bahasa Asing

Kesalahan Imbuhan yang terdapat di Media Elektronik


Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat kini terutamanya pengguna media elektronik. Hal ini kerana terdapat beberapa alasan yang diberikan oleh mereka. Antaranya ialah tidak mempunyai masa untuk menulis dengan betul dan tidak mengetahui cara penggunaannya.


Imbuhan daripada bahasa Sanskrit

Kesalahan 



Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, kita dapat melihat bahawa pengguna media eletronik ini menyalahgunakan imbuhan, iaitu "juru-". Seperti yang kita ketahui, imbuhan "juru-" merupakan imbuhan bahasa Sanskrit. Seharusnya, perkataan "juru ukur" dieja rapat seperti "juruukur" . Hal ini dibuktikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)  menyatakan bahawa juruukur dieja rapat serta mempunyai maksud orang yang mengukur tanah. Walaupun, kesalahan ini tidak mengubah makna, akan tetapi kita seharusnya menjaga keaslian bahasa itu sendiri. 


Rajah 2

Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bagi aplikasi Telegram ini sama dengan contoh di atas. Perkataan selepas imbuhan "juru-" perlulah dirapatkan. Hal yang demikian kerana imbuhan "juru-" membawa makna kepada seseorang individu yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang.



Sebagai rujukan, anda boleh menonton video diatas untuk penerangan imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit yang lebih mendalam serta jelas.

Imbuhan daripada bahasa Inggeris

Kesalahan 


Rajah 3

Berdasarkan rajah 3 ini, pengguna menggunakan imbuhan "anti-" sebagai menentang atau membenci sesuatu. Dalam hal ini, pengguna mengeja anti biotik secara jarak. Perkataan yang sebenar ialah "antibiotik". Perkara ini sering terjadi kerana terdapat kekeliruan pendapat untuk mengejanya. Hal yang demikian disokong oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, kita mestilah sentiasa mempelajari dan mengkaji perkatan-perkataan baharu terutamanya imbuhan bagi bahasa asing.


Menerusi rajah 4, kita dapat melihat pengguna telah salah menggunakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris, iaitu "pasca-". Imbuhan tersebut membawa maksud kepada selepas. Perkataan yang perlu yang sebetulnya ialah "pascasiswazah" Hal ini juga telah dibuktikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imbuhan daripada bahasa Arab-Parsi

Kesalahan 


Rajah 4

Berdasarkan gambar rajah 4 ini pula, penggunaan perkataan "InshaAllah" di atas sering kita gunakan. Akan tetapi, ramai pengguna yang mengeja perkataan ini salah. Perkataan yang sebenarnya ialah "Insya-Allah". Tanda sempang diperlukan. Hal ini kerana perkataan tersebut merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab. Hal ini juga disokong oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Kesalahan 


Rajah 5

Merujuk kepada rajah 5, pengguna salah mengeja perkataan "MashaAllah". Perkataan ini juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan "Masya-Allah" perlulah diletakkan tanda sempang antara perkataan "Masya" dan "Allah". Perkataan ini sering diucapkan ketika seseorang sedang melihat kecantikan berdasrkan ciptaan-Nya.

Kesalahan Imbuhan yang terdapat di Media Cetak


Media cetak juga banyak melakukan kesilap dalam menggunakan imbuhan bahasa Asing. Hal ini mampu memberikan pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat kerana mereka terdedah dengan pembacaan daripada media cetak juga. Oleh itu, sebagai pihak pengurus bagi media cetak, kita mestilah sentiasa cakna dengan penulisan yang dihasilkan kerana isu ini mampu memberikan impak yang mendalam.

Imbuhan Daripada Bahasa Inggeris

Kesalahan 


Rajah 6

Berdasarkan rajah yang dipamerkan, kita dapat mengesan bahawa penulis salah menggunakan imbuhan "pasca" dalam menghasilkan tajuk buku tersebut. Imbuhan "pasca" merupakan imbuhan daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud selepas. Perkataan yang sebenar atau sepatutnya ditulis ialah "pascakemerdekaan". Imbuhan dengan perkataan selepasnya perlulah dirapatkan bukan dijarakkan. Hal ini disokong oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyatakan di bahagian menjawab soalan atau khidmat nasihat bahawa pascakemerdekaan dirapatkan.

Kesalahan 


Rajah 7

Melihat daripada keratan akhbar yang diberikan, kita dapat melihat bahawa perkataan "nasionalisma" dieja salah. Hal ini kerana perkataan "nasionalisma" perlulah dieja dengan "nasionalisme". Hal yang demikian terjadi kerana imbuhan "-isme"  merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuktikan bahawa "nasionalisme" ialah perkataan yang sebenarnya serta membawa maksud perasaan seseorang individu yang cintakan bangsa dan negara sendiri.

Kesalahan 


Rajah 8

Berdasarkan gambar rajah di atas, kita dapat meihat bahawa penulis menggunakan tajuk bagi buku tersebut "Pendidikan Anti Korupsi untuk Mahasiswa". Kesalahan yang dilakukan oleh penulis ialah meletakkan perkataan "korupsi". Perkataan ini merupakan pinjaman daripada bahasa Indonesia. Menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, korupsi ialah amalan yang salah atau tidak amanah. Seharusnya kita digalakkan menggunakan bahasa Melayu bagi menghasilkan sesuatu penulisan. Di samping itu, penulis juga menggunakan imbuhan pinjaman daripada  bahasa Inggeris. Imbuhan "anti-" seharusnya dirapatkan dengan perkataan dasar. 

Kesalahan 


Rajah 9

Menerusi gambar di atas, penulis salah menggunakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris, iaitu "anti-". Seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas, penulis blog sudah menerangkan bahawa imbuhan "anti-" perlulah dirapatkan dengan perkataan selepasnya. Perkataan "anti-oksida" mestilah dieja rapat seperti "antioksida". Pengejaan bagi perkataan ini telah dibuktikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017).

Imbuhan Daripada Bahasa Sanskrit

Kesalahan 


Rajah 10

Berdasarkan gambar rajah 10, penulis buku tersebut telah salah menggunakan imbuhan "tata-" yang berasal daripada bahasa Sanskrit dalam menghasilkan isi kandungan. Perkataan "tata-cara" perlulah ditulis rapat. Imbuhan "tata-" ini membawa maksud kepada peraturan atau sistem . Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, "tatacara" merujuk kepada adat istiadat sesuatu kaum.

Kesalahan



Rajah 11

Merujuk rajah di atas, kita dapat melihat bahawa perkataan "pra sekolah" "pra sejarah" "pra penilaian" dieja salah oleh penulis buku tersebut. Hal ini dapat dibuktikan menerusi Kamu Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan yang mengandungi imbuhan "pra-" perlulah dirapatkan. Perkataan yang betul ialah "prasekolah" "prasejarah" "prapenilaian". Seharusnya, sebagai seorang penulis, kita mestilah memastikan setiap perkataan yang digunakan adalah betul dan tidak mengelirukan pembaca.

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata serta penggolongan kata. Terdapat beberapa unit kecil yang t...